Dato’Aliff Dan Datin Shahida Pulang Qayyum Kepada Ibu Kandung

Umum mengetahui Dato’Aliff Syukri mempunyai anak angkat iaitu Ameena dan Qayyum. Namun isu tunjal kepala Qayyum telah diperbesarkan. Pembantu rumah yang dikatakan menunjal kepala Qayyum sebenarnya tidak berbuat demikian. Namun rata-rata netizen tetap menyalahkan pembantu rumah Dato’Aliff dan Datin Shahida. Selain dari itu pelbagai isu telah dibangkitkan.

View this post on Instagram

Saya x sedih pun saya pura2 sedih aja!!! . Nak tahu kenapa saya x bagi kutuk2 mak qayyum lebih2?? . Sebab kalau saya ada di tempat dia maybe saya akan buat yg sama….zaman laman sosial ni……..mcm2 benda boleh jadi…… . Netizen yg start compare Qayyum Ameena dan Yusoff,dari start saya mengandung dah mcm2 komen keluar,dah mengandung nanti pilih kasih,lepas tu dah beranak komen pula kenapa yusoff beranak kat hospital ni kenapa mak qayyum n ameena bg beranak kat hospital lain,dah lahir compare pula majlis cukur jambul,lepas tu compare pula apa yg hadiah yusoff dapat dgn yg ameena qayyum dapat,compare strollers,baju,kasut,bercuti,hari jadi semua lah selagi boleh pakai jari2 tu selagi tu la mcm2 menulis….korang ingat mak dia x baca ke,pastu komen pula kata qayyum lembab la,x sihat la,terencat la…. ameena tak,itu lah inilah…..dan inilah apa yg berlaku sekarang….Belum lagi isu tunjal kepala la….apa lagi nak jadikan isu lepas ni…kadang2 doktor yg suntik pun korang bawangkan sebab kononnya bezakan2 anak yusoff doktor lain ni doktor lain…..dah dia beranak hospital tu…situ lah dia pergi… . Jangan pandai2 nk salahkan mak dia lebih2 sangat sebab jari jemari kita ligat mengutuk… so x perlu nak sedih2 sangat sebab puncanya dari kita semua…. . Saya tidak marah dan berdendam…cuma supaya benda2 ni tidak berlaku pada masa lain…..yg dah jadi x boleh putar balik pun….cuma doakan yg terbaik je dah memadai…saya saya percaya masa akan merawat saya dan juga Qayyum….nak gaduh dgn netizen pun x guna nanti balik2 mereka juga yg betul dan baik….Jangan Bimbang….netizen sentiasa betul,yg salahnya saya….keluarga saya x cukup baik…….apapun don’t worry saya tidak sedih mana pun…pura2 sedih aja🤪…. . Jangan bimbang pasal Yom sebab Allah punya rencana terbaik….Mak dia pasti jaga dia lebih baik,saya anggap saya tolong jagakan sahaja dalam 1 tahun ni……saya boleh jer x nak bagi tapi mcm mana pun itu tetap mak dia…….jadi x nak kemudian hari saya dipersalahkan sebab pisahkan dia dari mak nya

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Disebabkan beberapa isu tersebut, ibu kandung Qayyum mahu mengambil semula anaknya itu. Terjadi juga perbalahan antara netizen. Ramai yang tidak membenarkan Qayyum dipulangkan.

View this post on Instagram

Istimewa utk Qayyum Aliffshah Bin Abd A’liy…..Belum siap lagi….nanti dah siap kita letak kat Youtube …nanti dah besar boleh tengok balik😍😍… . Sebenarnya sebelum kes qayyum ni saya dan @aliffsyukriterlajaklaris mmg ada rekod 1 lagu dgn @hafizhamidun …..lagu selawat…….saya just suka2 je utk anak2 saya dgr….tapi sekarang saya hadiahkan lagu ni utk Qayyum…semoga nanti dia besar dia tgk lagi lagu ni kat Youtube dan dia tahu saya pernah jaga dia… . Minta maaf juga kat mak qayyum dan semua sebab saya x jaga qayyum dgn baik dan bukan mak yg baik utk dia…saya yakin dia akan lebih bahgia dgn mak dia nanti.. . P/S: Jangan kutuk2 ya kat sini…nanti kalau kutuk2 saya turn off komen

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Hati siapa yang tidak sayu. Ramai menangisi pemergian Qayyum. Semoga Datin dan Dato tabah menghadapi dugaan ini.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.