Ella Gegarkan Istana Budaya Mac 2019 Ini!

Pesona dan aura dirinya tidak perlu dipertikaikan. Menghambakan diri dalam hiburan lebih daripada 30 tahun, tidak ada sesiapa yang dapat menjadi Ella kedua. Berita baik buat seluruh peminat Ella, tiga hari Ella akan bersama anda.

Ella Unplugged in KL akan berlangsung di Istana Budaya bukan sehari tetapi tiga hari! Pastikan anda pilih tarikh antara 29, 30 dan 31 Mac 2019. Bagi peminat Ella, anda pasti mahu yang lain daripada Ella dalam setiap persembahannya. Kali ini tampil dengan konsep akustik.

“Ella tidak sabar untuk mengadakan konsert ini kerana selain dibikin dalam konsep akustik, ia juga dihadirkan selama tiga malam! Ini bukan sekadar platform yang menguji kredibiliti Ella sebagai seorang penghibur, tetapi mahu melihat kesetiaan peminat Ella juga,” ujar Ella.

Dianjurkan oleh PROJEK ELLA dengan kerjasama MOTAC, pada tiga malam itu nanti Ella turut menampilkan segmen kebudayaan. Selain daripada itu konsert ini turut mendapat sokongan dan kerjasama ASWARA dimana pihak ASWARA telah diberi peluang daripada pihak PROJEK ELLA dengan melibatkan alumni dan pelajar tahun akhir dalam perancangan serta pengendalian pengurusan pentas sebelum dan selepas konsert berlangsung.

Malah pihak JKKN juga turut bekerjasama dengan melibatkan penari cilik PERMATA dalam salah satu segmen persembahan kelak. JKNN turut menyediakan pemuzik alat muzik tradisional sewaktu segmen yang pasti dtunggu-tunggu oleh peminat Ella!

Tiket-tiket early bird sudah mula dijual bermula pada hari ini 2 Januari 2019 (Rabu) dengan harga bermula RM159 sehingga RM489. Sebarang pembelian tiket boleh ditempah atau dibeli melalui PROTICKET di www.proticket.com.my .

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.