Tiga Anggota Seventeen Terkorban Dalam Tsunami Selat Sunda

Umum mengetahui tsunami yang melanda Selat Sunda. Mengejutkan apabila kumpulan pop rock terkemuka Indonesia, Seventeen antara yang terlibat. Kejadian berlaku ketika kumpulan tersebut sedang mengadakan persembahan.

Jika sebelum ini hanya perkhabaran mengatakan pengurus mereka, Oki Wijaya, Bani dan Herman yang terkorban. Namun menerusi perkongsian terkini Ifan di Instagramnya, Andi turut terkorban. Lebih memilukan lagi Ifan juga mengesahkan isterinya, Dylan Sahara telah ditemui dan turut menjadi korban bencana ini.

Untuk rekod, Seventeen dianggotai oleh Ifan, vocalist, Bani(bes), Herman (gitar) dan Andi(drum). Mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka dan mangsa-mangsa tsunami yang lain.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.