Seluruh Rakyat Malaysia Tangisi Pemergian Adib

Seluruh rakyat Malaysia menangisi atas kepemergian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim. Berita yang diterima mengesahkan Adib meninggal dunia jam 9.41 malam Isnin di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur. Terdahulu Adib dikatakan stabil namun pada malam Isnin, kesihatannya merosot.

Jenazah Allahyarham telah pun selamat dikebumikan di tanah perkuburan Masjid As-Saadah, Kampung Tebengau, Kuala Kedah pada jam 1.45 petang hari Selasa. Pengebumian telah dihadiri oleh ahli keluarga, saudara-mara serta mereka yang mahu memberi penghormatan terakhir.

Allahyarham dipercayai dipukul ketika insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Adib. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga serta Nurul Najihah Radzi, tunang kepada Allahyarham. Semoga tabah dalam menerima dugaan ini.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.