Tahniah Kaka Azraff!

Sebelum ini ada ura-ura mengatakan Kaka Azraff bertunang namun tiada pengesahan. Terkini pihak Warner Music Malaysia telah memaklumkan Kaka  telah selamat diijabkabulkan dengan pemuda pilihannya Adam Azriff, seorang usahawan pada hari Jumaat, 14 Disember 2018 jam 9.53 malam di kediaman keluarganya di Klang, Selangor.

Dengan sekali lafaz Kaka sah menjadi isteri. Kaka dan Adam dinikahkan oleh Ustaz Azmi Selamat dan diwalikan oleh bapa saudara Kaka sendiri, Nor Izam Aminuddin manakala mas kahwinnya bernilai RM 300. Majlis akad nikah yang serba sederhana itu dihadiri oleh kaum keluarga terdekat dan sahabat rapat kedua-dua belah pihak.

Mengangkat tema Melayu Klasik, Kaka kelihatan anggun mengenakan busana kebaya putih disamping suami yang nampak segak dalam persalinan serba putih. Kaka dan suami menzahirkan rasa syukur mereka kepada Allah S.W.T. dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas doa restu dan ucap selamat dalam meraikan penyatuan kasih mereka ini.

Bagi meraikan cinta pasangan mempelai ini bersama pihak media dan peminat, sebuah majlis resepsi persandingan akan diadakan pada suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Tahniah Kaka dan suami.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.