Dato’ Mokhzani Beri Penjelasan Mengenai Lagu Layarlah Kembali

12 lagu yang mara ke Anugerah Juara Lagu 33 telah pun diketahui. Namun seperti biasa selepas keputusan diumumkan ada yang berbunyi. Rata-rata ramai yang tidak berpuas hati lagu Layarlah Kembali ciptaan Aubrey Suwito tidak menempah tempat ke anugerah berprestij itu.

Lagu yang dinyanyikan oleh Dayang Nurfaizah itu ternyata menarik minat penggemar muzik tanah air. Salamiah Hassan turut memberi pendapat mengenai lagu tersebut.

Sebagai komposer, Aubrey turut memberi komen yang sangat positif dengan isu tersebut.

Manakala Dato’ Mokhzani Ismail sebagai ketua juri pada hari tersebut telah menjelaskan mengapa Layarlah Kembali tidak tersenarai. Namun ramai juga yang tidak berpuas hati.

Diharapkan dengan penjelasan daripada juri sedikit sebanyak kita dapat informasi yang tepat kenapa, mengapa sesebuah lagu tidak tersenarai atau sebagainya. Buat lagu lain yang telah berjaya, lakukan yang terbaik untuk AJL 33!

Sumber FB

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.