Juara GV5 Milik Noryn Aziz

Akhirnya juara Gegar Vaganza kelima menjadi milik Noryn Aziz. Ahad lalu persembahan Noryn di lihat konsisten dengan markah 78.4%.  Namun apa sahaja boleh berlaku sekiranya terdapat kesilapan.

Naib juara pula jatuh kepada Dia Fadila yang mendapat markah 69.4%. Dia memberi saingan sengit kepada Noryn terutama dalam tugasan battle. Tempat ketiga pula Zamani, diikuti Amelina, Maya dan Billy Zulkarnain.

Peserta diberi tugas berduet dengan penyanyi lain untuk melihat keserasian mereka. Namun tugas kedua iaitu battle menyemarakan lagi pentas GV5.

Konsert akhir Gegar Vaganza musim kelima (GV5) malam tadi berlangsung dengan sangat meriah dan Noryn Aziz dinobatkan sebagai juara.

Juara menerima hadiah kemenangan berupa wang tunai RM100,000, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort berserta sebuah trofi. Tempat kedua pula menerima hadiah wang tunai berjumlah RM50,000, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort berserta sebuah trofi. Di tangga ketiga dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort berserta sebuah trofi.

Tempat keempat mendapat hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi manakala tempat kelima dan keenam masing-masing membawa pulang wang tunai RM15,000 dan RM10,000 berserta trofi.

Sumber Astro Gempak & Mstar

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.