Pesawat Lion Air JT-610 Terhempas

Berita pagi semalam sangat mengejutkan apabila pesawat penerbangan Lion Air JT-610 dari lapangan terbang Jakarta, Indonesia terhempas selepas berlepas. Lion Air JT-610 berlepas padi 6.20 pagi sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan jam 6.33 pagi.

Dijangka pesawat tersebut sepatutnya tiba di Pangkal Pinang, 7.20 pagi. Pesawat berkenaan membawa 210 penumpang. Dua bayi dan seorang kanak-kanak antara mangsa yang dilaporkan menaiki pesawat tersebut. 178 penumpang dewasa, dua juruterbang dan enam anak kapal.

Agensi mencari dan menyelamat negara Indonesia dilaporkan menemui serpihan seperti jaket keselamatan di perairan utara Jawa. Pasukan penyelam juga dikatakan sedang bertungkus-lumus bagi mencari mangsa di kawasan tersebut. Salam takziah buat keluarga mangsa dari pihak kami.

Sumber Mstar Online

Foto CNN News & Tribun Sumsel

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.