Penangan Kuih Bangkit

Apabila kita dalam kesusahan kita akan cuba untuk mendapatkan apa yang kita mahukan. Tidak kira bagaimana caranya sekalipun. Begitu juga dengan Ridzuan Khalid yang telah berkongsi kisah penjual kuih.

View this post on Instagram

KISAH PENJUAL KUIH Ini adalah penghargaan buat seseorang yang amat berjasa sepanjang perjalanan Master saya. Beliau adalah bintang yang sangat disayangi ramai iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza @ctdk . Saya harap sangat beliau dapat baca penghargaan ni. @rozisangdewi Mesti ada yang teringat bagaimana saya sibuk belajar dan pada masa sama terpaksa menguli tepung bersama Opah Sapiah untuk memenuhi tempahan kuih bangkit #projekkuihbangkit. Ketika mendapat tawaran menyambung pengajian saya memang gembira tetapi pada yang sama saya tahu bakal berhadapan dengan masalah kewangan. Saya terpaksa berjimat kerana simpanan semakin susut dan elaun lewat diterima. Saya tiada pilihan lain. Pada awalnya Opah Sapiah agak keberatan tapi saya cuba yakinkan Opah Sapiah. Kami bermula agak perlahan dan susah. Orang tak tahu macamana kita struggle untuk berjaya. Allah bukakan rezeki dengan cara yang tidak disangka. Seorang kawan datang ke rumah dan memberitahu akan bertemu Tokti. Masa tu kebetulan ada stock kt rumah. Saya minta bantuan kawan untuk memberikan hadiah kuih kepada Tokti. Keesokan hari ketika di dalam kelas, saya pelik kenapa handphone saya tak henti vibrate. Notification untuk WhatsApp dengan IG penuh dekat skrin. Masa rehat baru saya bukak tengok. Allahuakbar! Tangan saya mengeletar.Jantung macam nak luruh. Tokti post gambar kuih kat Instagram. Macam dalam mimpi je. Opah Sapiah sampai menangis yeh. Terima kasih kerana mempromosikan kuih kami. Sejak tu kami tak menang tangan. Masa Aidilfitri 2017, beribu balang tempahan sampai kami terpaksa tolak. Masa tu jadi gila kejap. Mana nak belajar lagi..Mana nak mengadap kuih lagi. Tapi Alhamdulillah saya dapat bahagikan masa. Cuma sekarang terpaksa berehat kejap sebab abah tak sihat. Disebalik setiap rezeki kita ada rezeki milik orang lain yang Allah SWT amanahkan. Alhamdulillah dengan izin-Nya dapat kami berkongsi rezeki dengan pelbagai aktiviti kebajikan.Terima kasih Allah! Saya dah berjaya menamatkan pengajian dan Anugerah Sarjana Cemerlang ini saya tujukan juga kepada Tokti. Ternyata post Instagram Tokti menjadi magis yang telah mengubah hidup kami. Terima kasih..Hanya Allah SWT yang mampu membalasnya.

A post shared by رضوان بن خاليد (@ridzuan2021) on

Ridzuan perlu melakukan sesuatu untuk meneruskan pengajiannya maka terhasillah Projek Kuih Bangkit. Kuih bangkit tersebut buatan ibunya sendiri yang dipanggil Opah Sapiah. Disebabkan pemberian kuih bangkit kepada Dato’ Sri Siti Nurhaliza, tempahan tidak putus-putus.

Hasil jualan itulah Ridzuan gunakan untuk meneruskan pengajian. Dan Ridzuan telah menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Pengurusan Hospital di Universiti Teknologi Mara (UiTM).Tahniah Ridzuan.

Sumber Instagram Ridzuan

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.