Walaupun Tidak Sihat, Amelina Tetap Teruskan Persembahan

Gegar Vaganza musim ke 5 nampak gayanya pertarungan sengit antara peserta. Setelah Safura tersingkir, Elite menyusul. Ahad lalu, menyaksikan Amelina mengungguli di tempat pertama manakala Farawahida di tempat ke dua dan Noryn Aziz di tempat ketiga.

Persembahan ketiga-tiga mereka memang tersangatlah bagus. Dalam pada mendapat tempat pertama, rupanya ada kisah disebaliknya. Dipenghujung persembahan, Amelina dilihat terduduk. Bukan gimik sebaliknya dia memang tidak sihat.

Hilang suara sememangnya suatu perkara yang amat ditakuti oleh semua penyanyi. Semua perkara tidak dapat dilakukan. Suara mereka untuk dijual.

 

Walaupun sakit Amelina tetap meneruskan persembahan. Mungkin ada hikmah disebalik tekanan, Amelina mendahului peserta yang lain. Kita saksikan Ahad ini persembahan kesemua mereka dengan tema duet.

Sumber Instagram Amelina & Astro Awani

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.