Jimmy Shanley Kongsi Pengalaman Kehilangan Bapa

Seluruh rakyat Malaysia merasa kesedihan dengan tragedi menimpa anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) minggu lalu. Ramai juga yang berkongsi cerita dan pengalaman bekerja dan mengenali anggota bomba termasuk pengacara Jimmy Shanley.

Terdiam seketika setelah membaca perkongsian Jimmy. Rupa-rupanya Jimmy kehilangan bapa tercinta akibat tragedi kapal korek Puchong. Allahyarham Nor Johan Salleh merupakan jurutera enjin kapal korek di lombong itu.

Tragedi ini berlaku pada 8 Ogos 1984. Anda boleh baca sendiri keratan akhbar yang dikongsikan oleh Jimmy. Pastinya pengalaman yang sukar dilupakan. Semoga ahli keluarga anggota bomba bersabar dan tabah dalam menghadapi dugaan ini.

Al-Fatihah

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.