Tragedi Lombong : Enam Anggota Bomba Lemas

Seluruh rakyat Malaysia bersedih dengan tragedi yang menimpa anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dan Shah Alam. Enam penyelam bomba ini terbabit dalam operasi pencarian menyelamat seorang remaja yang dilaporkan tergelincir ketika memancing di lombong Taman Putra Perdana, Puchong.

Anggota bomba yang terkorban itu ialah Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25; Yahya Ali, 24; Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25. Kejadian dipercayai berpunca daripada pusaran arus deras berpunca daripada hujan lebat yang mengalir ke kawasan tumpuan operasi yang sedang dijalankan.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali, berkata ketika kejadian kira-kira jam 9.15 malam itu, enam penyelam berkenaan baru lima minit berada dalam air dilaporkan terjatuh ke lombong tersebut. Arus yang deras menyebabkan semua mangsa terbelit tali yang dipasang di antara satu sama lain, yang dipercayai menjadi punca peralatan menyelam dipakai mereka tertanggal.

Rakan sepasukan, beberapa anggota bomba yang berada di tebing, berusaha menarik tali yang mengikat semua mangsa, namun tidak berjaya kerana berdepan tekanan arus yang terlalu kuat.

Remaja yang lemas, Mohd Ilham Fahmy,17, telah ditemui beberapa meter dari tempat kejadian. Salam takziah dari kami.

Sumber Berita Harian

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

One Comment on “Tragedi Lombong : Enam Anggota Bomba Lemas”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.