“Allah Tarik Kewarasan Sang Suami” – Fynn Jamal

Umum mengetahui Fynn Jamal mempunyai dua orang anak angkat. Bakti Arjuna Fitri telah disahkan seorang kanak-kanak autism. Kemudian dia mengambil seorang lagi anak angkat perempuan yang diberi nama Sakti Kencana Fitri.

Kehidupan mereka saling melengkap walaupun dugaan ditempuhi. Suami Fynn, Tri Hadzir turut menghadapi masalah kemurungan. Maka tugas semua berada di bahu Fynn. Fynn perlu sentiasa memantau suaminya itu supaya tidak bertambah teruk.

Namun posting Fynn baru-baru ini membuatkan ramai yang sebak.

View this post on Instagram

it is not easy, i tell you that. wallahi it is not. . dan aku takkan tipu so aku terus-terang je. pernah aku rasa nak tinggalkan semua dan lari sorang2 ke langit biru sambil menempik “kenapa aku?” . kenapa AKU? . lari sorang2, weh. stok tinggal semua. anak2 semua xnk pikir dah. . sumpah aku pernah risau aku pulak mental. like, mak MANA sanggup tinggalkan semua??! . tapi aku sungguh2 bersyukur dgn kekuatan yg الله bagi pada aku. kekuatan berfikir tajam, kekuatan mental kental. . istikharah tak lekang. at talaq 2-3 tak pernah jauh. zikir hayyu qayyum mmg aku hembus hari2 pada telinga sendiri. . aku tau hanya الله mampu menyelamatkan aku dari fikiran aku. . it is not easy, i tell you. . hidup melingkup. miskin merempat. jadi pelarian. tak ada zuriat. semua aku hadap tanpa serabut. . tahun ke 10 menjadi seorang isteri— الله tarik satu2nya nikmat aku atas dunia dunia ini: kewarasan sang suami. . nikmat akal adalah sesuatu yg aku tak mampu tekankan bagaimana selalu kita lupakan. . fabi ayyi aalaa irabbi kumaa tukazzibaan? . sejujurnya dulu aku TAK PERNAH terfikir utk berterima kasih utk kewarasan. ‘cause it’s there. mcm nafas. mcm degup jantung. mcm kerdipan mata. . sampai skrg ini. . abah pernah tanya aku macammana aku hadap semua ni. aku cakap “mcm abah jaga mak lah dulu. abah boleh, angah pun boleh”. . abah malah lebih haru. . “mak kanser, ngah. dia sakit, tetap ada berbual dan kuatkan abah. awak lain. fitri jadi hilang” . kami nangis sama2. hilang is the right choice of word. . what makes a person? jasadnya? wajahnya? hartanya? no. . a person is what he or she chooses to be. consciously. . mental health is real. dan seperti penyakit2 besar yg lain— it doesn’t only affect the patient; but the whole system around him. . betul. ada hari dia hilang. dah di hari2 itu aku rasa mau lari. . but i wont. . sebab ada hari2nya dia pulang. kembali ke dia yg dulu; those small sticky notes, random sillyness begitu2; . dan dalam sekejapan itu— i feel at home. . here is to all mental patients reading this. as well as the family who sticks by them. org takkan faham even if they try. . but we are believers. selagi kita mampu percaya dia mampu kembali semula— kita ada. . selalu.

A post shared by فصبر جميل (@fynnjamal) on

Alahai. Tidak mengapa Fynn. Tuhan itu maha adil DiA tahu apa yang diberikan kepada umatNya. Semoga Fynn tabah dan sentiasa teruskan buat ASK di Insta Story. Bukan sahaja membantu pengikut di Instagram malah mungkin Fynn akan rasa lega kerana dapat memberi nasihat kepada orang luar.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.