Sharifah Sakinah, Michael Ang Pertahankan Aiman Hakim

Sekali lagi nama Fatiya Latiff menjadi sebutan. Kali ini, Fatiya telah meminta bekas kekasihnya, Aiman Hakim Redza untuk membayar hutang. Walaupun posting tersebut telah dipadam oleh Fatiya tetapi, ada yang sempat screen shot.

Namun setelah dipadam, Sharifah Sakinah telah menyelar tindakan Fatiya yang memuat naik posting sebegitu rupa.

Sakinah mempertahankan Aiman. Umum mengetahui Sakinah dan Aiman berkawan baik. Semestinya kawan baik akan mempertahankan kawannya. Malah menurut Sakinah, semasa Aiman menjalinkan hubungan dengan Fatiya, Fatiya sentiasa membuat masalah. Manakala Zarina Anjoulie turut mempertahankan tindakan Fatiya itu.

Bukan itu sahaja, Michael Ang turut menyelar tindakan Fatiya. Tidak terhenti di situ, Fatiya turut memberi komen balas di Instagram Michael dan Sakinah.

Panas juga kisah mereka ini ya. Selepas satu, satu kontroversinya. Apa-apa pun kita tunggu dan lihat seterusnya ya. Paling-paling pun kita tepuk bak kata Sakinah.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.