Larian Merdeka 2018 Night Run Timbulkan Kemarahan

Bersempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2018, Oriental Business Link dan Permodal Guru Malaysia Berhad telah mengaturkan Larian Merdeka 2018 Night Run. Acara larian itu telah berlangsung pada 15 September di Dataran Merdeka.

Flag off telah dilaksanakan oleh Menteri Belia Dan Sukan, Yang Berhormat Syed Saddiq pada jam 8:30 malam. Dikhabarkan 13,000 pelari yang turut serta Larian Merdeka yang dibahagikan kepada 3km, 5km dan 10km.

Namun begitu, ada masalah yang telah berlaku. Diikutkan tarikh untuk mengambil kit perlumbaan telah ditunda sebanyak dua kali. Ketika proses pengambilan, sistem tidak teratur malah ada juga yang mengamuk di kaunter. Paling parah apabila ada yang tidak dapat tshirt dan bib. Kemudian tshirt yang tinggal semua size besar. Peserta pula sesuka hati mahu menukar size baju. Ini berlaku kerana tshirt tidak seperti yang sepatutnya. Malah bucu logo bintang di tshirt ada 15 bucu sepatutnya 14.

Apabila acara tiba, lain pula yang berlaku. Pengurusan seperti tidak teratur. Semua pelarian 3km, 5km dan 10km disatukan sebelum bermula. Keadaan semakin sesak apabila YB sampai. Setelah tamat larian, apabila mahu mengambil pingat, pun berasak. Sekali lagi tidak teratur apabila peserta perlu beratur mengambil pingat di padang. Tidak pula ada lorong keluar dan masuk. Paling menyedihkan apabila ada peserta tidak mendapat pingat! Penat berlari tetapi tidak dapat pingat.

Sebenarnya banyak lagi perkara yang berlaku. Diharapkan pihak menganjur perlu menitik beratkan segala aspek. Jangan lepas tangan sahaja.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.