Kaka Azraf, Aizat Amdan Nyanyi Lagu OST Gol & Gincu Vol 2

Kalau dalam Gol & Gincu , Ratu Rock tanahair Ella telah diberi penghormatan untuk menyanyikan lagu tema Gol & Gincu, kini giliran anak saudaranya, Kaka Azraf pula diberi peluang untuk membawakan lagu tema Gol & Gincu Vol 2 menerusi lagu berjudul Shout It Out.

Lagu ‘Shout It Out’ merupakan karya ciptaan bersama Audi Mok, Shazee Ishak dan Atilia Hanna. Lagu yang mendapat sentuhan moden ini menampilkan lirik yang membangkitkan semangat percaya diri.

Manakala Aizat Amdan pula menjadfi pilihan menggantikan tempat OAG. Membawakan Hari-Hariku’  yang menampilkan  Intan Serah dan Annabel Michael, lagu itu ditulis sendiri oleh Aizat bersama Mel Ramlan.

Lagu yang mempunyai melodi yang mesra di telinga dengan lirik yang mengangkat tema setiakawan disusun dengan muzik bertenaga oleh Faridz Fazmel dan Izzy Musa. Lebih istimewa lagi, lagu ‘Hari-Hariku’ diserikan dengan penampilan barisan pelakon Gol & Gincu  Vol 2  sendiri.

Sememangnya lagu memainkan peranan yang penting dalam melengkapi penceritaan sesebuah filem. Namun begitu, bukan lagu saja yang perlu diteliti, malah karakter penyanyi yang menyanyikannya turut menjadi nilai tambah.

Mengulas tentang pemilihan Kaka dan Aizat untuk menyanyikan lagu tema filem tersebut, Lina Tan selaku Penerbit filem Gol & Gincu Vol 2 berkata, dia tertarik dengan Kaka kerana penyanyi muda itu memiliki karakter yang sesuai untuk menghidupkan lagu ‘Shout It Out’.

 “Shout It Out adalah sebuah lagu yang boleh membangkitkan semangat dan boleh dikatakan bakal menjadi lagu anthem orang muda zaman sekarang.

 Mengenai Hari-Hariku dan Aizat pula, Lina berkata, lagu itu menjadi pilihan kerana ia memiliki melodi yang sangat fun dan sempoi.

 “Dan kerektor Aizat sebagai penyanyinya pula memiliki karektor yang friendly serta sangat sesuai dengan tema kesetiakawanan dalam lirik lagu ini,” katanya lagi.

Gol & Gincu Vol 2 adalah remake kepada Gol & Gincu arahan Benard Chauly yang pernah menggegarkan dunia seni perfileman tanah air kira-kira 13 tahun yang lalu.

Diterbitkan Red Films serta diarahkan Umi Salwana Omar, Gol & Gincu Vol 2 menampilkan Diana Danielle dan Ummi Nazeera sebagai teraju utama.

Malah, ia turut  menampilkan semula dua pelakon asal filem pertama iaitu Sazzy Falak dan Sharifah Amani serta pelakon lelaki popular masa kini Syafiq Kyle serta  Aedy Ashraf.

Cerita yang diilhamkan Rafidah Abdullah yang juga penulis asal ‘Gol & Gincu’ telah diberi olahan segar  Nadia Khan, seorang novelis yang terkenal dengan novel terlaris beliau iaitu ‘Gantung dan Kelabu’. Filem ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 25 Oktober 2018.

Sebagaimana filem pertama yang dihasilkan pada tahun 2005, filem terbaru ‘Gol & Gincu Vol. 2’ turut dilengkapi dengan seleksi lagu terbaik yang memberi lebih jiwa kepada penceritaan filem tersebut.

Kedua-dua lagu tema filem Gol & Gincu Vol 2 iaitu  ‘Hari-Hariku’ dan ‘Shout It Out’ telah dilancarkan d ikesemua pelantar digital, manakala video muzik rasmi untuk kedua-dua lagu ini pula akan dilancarkan pada 20 September 2018 nanti.

Hari-Hariku’ dan ‘Shout It Out’ merupakan single terbitan dan edaran Warner Music Malaysia dengan kerjasama Red Films. Dengarkan  ‘Hari-Hariku’ dan ‘Shout It Out’ di pelantar digital kegemaran anda seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music  pada 7 September lalu

 Manakala video muzik rasmi untuk kedua-dua lagu ini boleh ditonton di saluran Youtube Warner Music Malaysia bermula 20 SEPTEMBER 2018.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.