Nampak gayanya Nabil Ahmad bakal menambah keluarga. Ya, isteri Nabil, Zira Ayub telah mengandung anak ketiga! Kedua pasangan ini telah berkongsi berita tersebut di sosial media masing-masing.
Sebelum ini mereka mempunyai dua pasang puteri iaitu Nayra Mikaila dan Layla Damita. Agak-agak yang ketiga ini putera kah? Kalau putera pasti Nabil dan Zira gembira. Ada seorang anak lelaki.
Tahniah dari kami di Jambu Batu. Semoga semua dipermudahkan. Buat Zira, jangan aktif sangat. Nabil pun kena selalu menjaga Zira ya!