Apabila Mat Lela Bertemu YB Rock, Amy Search…

Pada tahun 2013, lagu ‘Tanah Airku Tanah Airmu’ menampilkan Permaisuri Ibu Pertiwi Muzik Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza bersama Mat Lela Derhaka. Istimewanya kali ini, Mat Lela telah diberi mandat untuk menyerikan lagu “Tanah Airku Tanah Airmu Jua” dengan lebih “garang” bersama ‘Yang Berbahagia’ Muzik Rock Amy Search dan barisan Pancaragam Nakhoda Mat Lela Derhaka dari Malay College Kuala Kangsar. Dengan pertemuan ini, justeru tertubuhlah rancangan Mat Lela yang diberi nama #PancaragamNakhodaMatLelaDerhaka sempena Hari Kemerdekaan ke-61 dan Hari Malaysia.

Mengenai #PancaragamNakhodaMatLelaDerhaka, rancangan ini disusuri dengan pelbagai kejadian yang simbolik apabila diteliti. Mat Lela, YB Rock Amy Search dan kumpulan pancaragam Malay College Kuala Kangsar berkenan untuk merakam dan memainkan lagu ini di Kampung Baru, Kuala Lumpur, yang dikelilingi dengan hutan batu bata yang mencakar langit tingginya. Tujuannya adalah sebagai peringatan kepada kita sebagai rakyat Malaysia tercinta untuk tidak melupakan asal usul dan sejarah tanah air ini meskipun kita sentiasa berusaha untuk bergerak maju ke hadapan demi mencapai taraf yang disegani dunia.

Tambahan lagi, bunyi-bunyian dari barisan Pancaragam Nakhoda Mat Lela Derhaka yang mengiri Mat Lela dan YB Amy Search ini juga membawa simbolik kepada kelangsungan usaha anak bangsa kita dalam mengorak langkah. Ayuh sama-sama menyahut seruan Mat Lela! Lagu ‘Tanah Airku Tanah Airmu’ nyanyian Mat Lela, YB Amy Search diiringi oleh pancaragam Nakhoda Mat Lela Derhaka di YouTube saluran cataloQue dan dengarkan audio rakaman di semua gedung-gedung digital seperti Spotify, Apple Music, dan yang sewaktu dengannya.

Selamat Hari Kemerdekaan ke-61 dan Selamat Hari Malaysia! Gemersik Malaysiaku!!

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.