Siapa Hana…Dengar Lagu Duet Aziz Harun dan Hannah Delisha Okay?

Seronok pula melihat kecomelan gandingan dua penyanyi muda Aziz Harun dengan Hannah Delisha menerusi lagu Hana.

Seorang berwajah ala-ala Cina berbadan sasa dan berasal dari Brunei Darul Salam yang seorang lagi berwajah pan Asian keanak-anakan dari Singapura.

Memang sesuai sangat kedua-dua anak muda dari kedua-dua negara ini digandingkan untuk menyanyikan single berjudul Hana.

Terutama lagi apabila single baru itu adalah karya hasil komposer tempatan kita iaitu Faizal Tahir bersama Mike Chan dan Romeo.

Membuktikan bahawa sebuah karya yang sebegini mampi melangkaui sempadan negara dari sudut kolaborasi di antara penyanyi dan komposer.

 Pengurus Promosi dan Pemasaran Bahagian Dosmestik Warner Music Malaysia, Anne Mukhtar berkata, pihaknya  berharap gandingan Aziz yang berasal dari Brunei dan Hannah yang berasal dari Singapura menerusi lagu ‘Hana’ ini dapat memartabatkan lagi muzik tempatan di rantau ini.

 “Ia juga diharap dapat memberi nafas segar kepada industri muzik di rantau ini apabila menggandingkan dua anak muda berbakat besar berasal dari Brunei dan Singapuryang menyanyikan karya ciptaan anak watan Malaysia.

Bakal memberikan lebih impak, single terbitan bersama Faithful Music dan Warner usic Malaysia ini turut diangkat sebagai runut bunyi drama ‘Alamatnya Cinta’, sebuah karya adaptasi daripada drama popular Korea ‘Full House’.

 Alamatnya Cinta arahan Bernard Chauly yang dibintangi Hannah Delisha dan Hisyam Hamid ini sudah pun mula ditayangkan di Astro Ria sejak 20 Ogos lalu.

Single ‘Hana’ boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music sejak 3 OGOS 2018. Manakala video muzik rasmi ‘Hana’ sudah berada di saluran Youtube Faithful Music sejak 7 OGOS 2018.

 Pautan Youtube untuk video muzik Hana:

https://www.youtube.com/watch?v=QHKos708dSo

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.