Kaka Azraff Makin Sibuk Bermain Pop Magnetik

“Jangan Call Aku Sibuk…” . Inilah ayat yang kerap diucapkan Kaka Azraff sejak akhir-akhir ini. Malah, kesibukan Kaka bermula sejak semalam, hari ini sehinggalah ke esoknya.

Wow! Sibuk benar Kaka ya. Sampai tiada masa untuk bercakap di talian… Tapi, itulah gimik Kaka untuk single terbarunya, Sibuk ciptaan Alif Sleeq. Malah, Alif turut berduet dengan Kaka menerusi lagu tersebut.

Inilah adalah kolaborasi Kaka selanjutnya bersama Alif selepas single hit, Bukan Hal Aku  Hal Aku dan Terima Kasih.

Single hit Bukan Hal Aku telah berjaya membawa Kaka Azraf beraksi di pentas final Anugerah Juara Lagu ke-30, manakala single Terima Kasih berjaya mengukuhkan lagi nama Kaka di dalam industri muzik tanah air.

Menerusi single Sibuk pula,  Kaka sangat berharap agar keserasian mereka dapat diterjemahkan sekali lagi.

“Hasrat saya dalam berkarya adalah untuk merancakkan lagi arena muzik tempatan dengan penghasilan karya yang unik sekaligus memberi pendengar lebih banyak seleksi dan pilihan muzik mengikut citarasa masing-masing. 

“Saya berharap lagu ‘Sibuk’ ini dapat memenuhi citarasa mereka. Sekiranya lagu ini diterima baik dan menjadi siulan ramai, maknanya pendengar memang mahukan lagu yang sebegini”.

Sibuk yang bergenre pop magnetic dengan menggunakan bait-bait lirik yang ringkas dan ‘catchy’ diiringi gubahan muzik yang berkonsep segar dan moden adalah  single terbitan dan edaran Warner Music Malaysia.

Single ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music sejak  20 JULAI 2018.

Dalam perkembangan lain, Kaka  yang juga turut memiliki single berjudul Terpulanglah dan Kembali Single juga masih aktif berlakon di dalam skrin drama.

Pautan Video Sibuk:

https://WMM.lnk.to/sibuk

\

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.