Altimet Imbau Kembali Nostalgia Dalam ‘Muda’

Selepas ‘Amboi’ memenangi Persembahan Terbaik di AJL32 dan kejayaan single ‘Bunga’ menjana lebih 5 juta tontonan di Youtube dalam tempoh 3 bulan, Altimet meneruskan lagi momentumnya dengan single terbaru berjudul ‘Muda’. Lagu ini merupakan single keempat dari album ‘Air’ yang dilancarkan pada Mac lalu. ‘Muda’ diterbitkan oleh Altimet Holdings Sdn Bhd dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar.

Dalam single ‘Muda’ ini Altimet turut menampilkan komposer & penyanyi hip hop generasi baru, Kidd Santhe bersama ahli kumpulan Mirwana, Akmal. Bercerita disebalik kolaborasinya, Altimet menyatakan,“Hasil karya asal Akmal berjudul ‘Esok Menanti’ merupakan salah satu lagu yang dibuat untuk album Kotarayaku pada tahun 2012 lalu. Walaupun tak terpilih untuk masuk ke dalam album tersebut, melodi dan korusnya sering menghantui telinga saya. Setelah memulakan proses menulis album Air, saya menghantar lagu Esok Menanti kepada Kidd Santhe untuk diberi gubahan yang baru dan sangat berpuas hati dengan hasil karyanya”.

Berbanding dengan lagu-lagu yang Altimet keluarkan sebelum ini,  ‘Muda’ menampilkan melodi yang ‘catchy’ diiringi rentak lagu yang ceria. Single yang turut menampilkan elemen ‘contemporary pop’ ini, bukan saja menyajikan sesuatu yang berbeza buat peminat hip hop malah ianya suatu lagu yang lebih santai dan mesra telinga sesuai dinikmati oleh pendengar muzik arus semasa. Bait-bait lirik yang ditulis oleh Altimet ini secara bersahaja menyelitkan unsur nasihat  melalui penceritaannya dari kacamata si pencerita berusia emas yang mengimbau kembali perjalanan hidupnya.

Single ‘Muda’ sudah boleh dibeli dan distrim di kesemua pelantar digital sejak 30 Mac 2018.

Sebarang maklumat lanjut sila layari www.altimet.com.my.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.