Aishah Kongsi Kebaikan Allahyarham Khalid Salleh

Sayu di hati apabila mendapat perkhabaran pemergian pelakon dan pengarang terkenal, Khalid Salleh atau Wak Khalid. Allahyarham meninggal dunia di Pusat Perubatan Ampang Puteri pada 23 Julai jam 3.20 petang.

Allahyarham sememangnya dikenali sebagai seorang pelakon yang begitu hebat. Disebabkan itu Allahyarham dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke-43 di Taipei pada 1998 menerusi filem Jogho.

Penyanyi Aishah turut berkongsi cerita mengenai kebaikan Allahyarham.

Hanya doa kami yg.dapat mengiringi pemergian Allahyarham Khalid Salleh,seniman yg.hebat…satu2nya aktor Malaysia yg memenangi Asian best actor award selepas Allahyarham P.Ramlee.Mulanya I sebagai peminat aktor ini kerana penghayatan apa saja watak yg dilakonkan.Ditakdirkan I diberitahu oleh isteri arwah dia juga meminati suara I.Hinggakan pernah diceritakan oleh kak Midah isteri arwah,dia boleh gantung poster I di tempat dia lepak.Dibuatnya mereka juga tinggal berhampiran dgn rumah kami,selalu bertembung dgn.arwah dan isteri di tempat makan.Setiap kali jumpa I akan tanya 'wak bila nak ajak sy berlakon teater.'Hinggalah satu hari dia tawarkan I utk audition utk sebuah teater tulisannya 'Teh Tarik.'Pengalaman teater itu sgt berharga bagi I,makan nasi lemak atas lantai waktu rehat,tanpa mengira ko siapa hahahah,latihan berminggu2 merapatkan sirraturrahim di kalangan kami,tak ubah seperti keluarga sendiri malahan lebih lagi.Arwah Wak sekeluarga terlalu byk membantu I semasa bergelar ibu tunggal,kalau sakit pening, mereka yg kami bagi tau dulu.Kalau anak2 I nakal maka mereka akan di disiplinkan dik wak Lid,pernah satu ketika I sakit teruk Wak Lid sekeluarga datang membantu.Semoga segala jasa dan kebaikannya akan Allah balas dgn sebaik2 pembalasan.Al Fatihah

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm) on

Begitu dekat Wak Khalid di hati Aishah. Siapa tidak sedih insan yang banyak membantu kita ketika susah senang telah dijemput oleh Ilahi. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham. Salam takziah kami ucapkan buat keluarga Wak Khalid.

Sumber Instagram Aisha

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply