A.Aida Sah Bergelar Isteri

Dengan dua kali lafaz, Datuk A.Aida sah bergelar isteri kepada pelakon Ariff Aziz pada Sabtu yang lalu. Majlis disempurnakan oleh Imam 2 Masjid Darul Ehsan, Mohammad Imran Nasohah beserta mas kahwin sebanyak RM300.

Ariff telah menyerahkan wang hantaran sebanyak RM20,000 serta tiga dulang berbalas lima daripada pihak pengantin perempuan. Bagi yang tidak Ariff popular dengan lakonan dalam drama Isteri Untuk Diiktiraf.

Dalam pada itu, Ariff telah meminta A.Aida untuk menutup aurat selepas mereka berkahwin. Menurut A.Aida, dia akan mengotakan janjinya itu terhadap Ariff. Semoga A.Aida sentiasa istiqamah dan bahagia sehingga keanak cucu.

Selamat pengantin baru buat A.Aida dan Ariff dari kami.

Sumber Utusan & Mstar.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply