Siapa yang tidak susah hati sekiranya insan tersayang sedang sakit. Itu yang terjadi kepada Fynn Jamal apabila suaminya, Hazrilfitri Hadzir dikhabarkan sedang sakit. Itu yang dikongsikan oleh Fynn.
Fynn juga memohon agar pengikut di Instagramnya berdoa supaya suaminya sihat seperti sediakala. Tidak diketahui apa penyakit tetapi Fynn meminta untuk memberi mereka sekeluarga ruang. Akan dikongsikan apabila tiba masanya.
Walaupun apa jua keadaan, kami doakan yang baik-baik buat suami Fynn. Sentiasa berdoa kepada Yang Maha Esa. In Sha Allah, Tuhan akan membantu. Amin.
Sumber Instagram Fynn Jamal
One Comment on “Suami Fynn Jamal Sakit”