Kegembiraan Berganda Norman Hakim

Kegembiraan Berganda Norman Hakim

Kegembiraan berganda buat keluarga besar Norman Hakim. Pertamanya, anak sulung Norman, Mohamed Danish Hakim telah pulang ke Malaysia setelah berbulan berada di Turki. Keduanya pula, isteri tercinta, Memey Suhaiza selamat melahirkan anak mereka yang ketiga secara normal pada petang Khamis lalu.

Meleleh airmata melihat video Norman dan anak sulungnya itu. Begitu juga dengan Abby Abadi. Melihat kebahagian mereka sekeluarga, kita pasti ingat akan apa yang berlaku sebelum ini. Apabila betul-betul sudah redha, semua perkara akan menjadi serasi. Malah berganda kegembiraan dan rezeki.

Selamat datang Mikayla Delisha Hakim. Comelnya la hai. Semoga menjadi anak yang solehah buat keluarga!

Sumber Instagram Norman Hakim

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.