Tribute 30 Tahun Johan Nawawi Dilancarkan

Ahad yang lalu, telah berlangsungnya pelancaran album Tribute 30 Tahun Johan Nawawi. Idea untuk menerbitkan album tersebut sebenarnya datang daripada Allahyarham Johan sendiri pada tahun 2016. Nora terpanggil untuk melunaskan impian Allahyarham yang tidak kesampaian.

Album ini sangat dekati hati Nora kerana sebuah lagu berjudul Lagu Bidadari adalah ciptaan terakhir Allahyaham sebelum beliau meninggal dunia. Selain dari itu lagu Perasaanku yang dinyanyikan oleh Azman Abu Hassan digubah semula dengan tajuk baru iaitu Perasaanku 2017.

nora 61455043365..jpg

Sebuah lagi lagu ciptaan khas untuk Allahyarham iaitu Ada Dalam Tiada nyanyian Nora sendiri dengan ciptaan Sirkhan dan Ibnu Rinkarnaen manakala lirik oleh penulis tersohor Habsah Hassan.

“Sebenarnya saya sendiri sukar untuk menjelaskan dengan kata-kata apa yang saya rasa selama ini. Tetapi Habsah Hassan bukan sahaja dapat menterjemahkan perasaan saya dengan begitu baik sekali malah ianya dilakukan dalam bentuk senikata yang indah. Saya turut menangis bila pertama kali saya membaca lirik tersebut”, ujar Nora.

Nora menambah,“Ini adalah lagu yang paling peribadi saya pernah nyanyikan sepanjang karier seni saya. Saya mencurahkan sepenuh jiwa dan raga ketika merakamkan lagu ini. Lebih menyedihkan lagi, ini merupakan pertama kali juga saya masuk ke studio rakaman tanpa kehadiran arwah suami”.

Album Tribute 30 Tahun Johan Nawawi ini mengandungi 31 buah lagu seperti

CD 1

1. ADA DALAM TIADA

2. BIDADARI

3. WARNA

4. JENTAYU

5. MENANTI

6. DEBARAN

7. GEMILANG

8. BINTANG MALAM

9. PINTA

10. AKHIRNYA KINI PASTI

11. OH ASMARA

12. DESA TERCINTA

13. SETIA CINTAKU

14. JANGAN BIARKAN

15. INSAN YANG MULIA

16. SAMUDERA

CD2

1. HANYA SATU 2017

2. SELAMANYA BAHAGIA

3. SINARAN

4. PERASAANKU 2017

5. SATU

6. NALURI

7. NORA

8. WAKTU YANG KETINGGALAN

9. KALI PERTAMA

10. PEDOMAN

11. BEBAS BERLARI

12. KU MENANTI

13. KATAKANLAH

14. SIMFONI KASIH

15. ERTI- AL FATIHAH

31 buah lagu-lagu ini dipilih sendiri oleh Nora dan dikemukakan kepada Warner Music Malaysia berdasarkan lagu-lagu yang hit dan sinonim dengan Johan Nawawi. Album Tribute 30 Tahun Johan Nawawi ini merupakan kesinambungan dari Album Jentayu terbitan Warner Music Malaysia. Album ini juga bertujuan untuk menyambung legasi Johan Nawawi kepada generasi muda dan boleh dijadikan sebagai sumber rujukan buat komposer dan penerbit baru.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.