Imran Ajmain Khaskan Slot Istimewa Untuk Arwah Bapa

13 Julai ini bakal menyaksikan Imran Ajmain membuat konsert mini balada Melayu : Sepuluh Tahun Pertama yang akan diadakan di Studio Recital, Esplanade, Singapura. Konsert mini tersebut didedikasikan rentetan ulangtahun sedekad penglibatan Imran menjunjung kecintaan total sebagai penggiat seni selain bersempena minggu Pesta Raya – Festival Seni Melayu yang berlangsung di Esplanade pada 12 hingga 15 Julai ini.

Imran meluah kelegaan kerana penjualan tiket konsert mini itu mendapat sambutan membanggakan daripada pengikutnya sebaik sahaja dilancarkan di atas talian sejak sebulan lalu.

“Sejujurnya, saya berasa teruja dan waktu sama berdebar apabila berpeluang untuk muncul di dalam sebuah konsert mini sulung apatah lagi ia diadakan di Esplanade yang merupakan salah satu impian saya selepas bergelar artis.

“Begitupun, perasaan berdebar ini berjaya membangkitkan semangat luar biasa buat saya selepas mengetahui tiket sudah terjual hampir 90 peratus sebaik sahaja mula dilancarkan. Lantaran itu, saya harus berjuang sehabis daya pada persembahan itu nanti,”

Selain dari itu Imran akan diiringi sekitar 15 pemuzik profesional dari Singapura sepanjang persembahan berdurasi hampir dua jam ini. Imran berharap persembahannya itu akan memberi kepuasan kepada peminat yang hadir.

Menariknya, lagu-lagu terbaharu Imran juga bakal didendangkan semasa konsert mini ini termasuk Sentiasa Merinding dan Intan dan Perak.

Sebuah slot khas bakal dipersembahkan oleh Imran yang merupakan anak kepada penerbit, penyusun muzik dan penggubah lagu terkenal untuk para penyanyi era 80-an, Ahmad Husaini Ajmain sebagai tribut serta memberi apresiasi tertinggi buat arwah bapanya.

Tiket berharga 27SGD (RM80) boleh dibeli dengan menghubungi Esplanade Box Office di talian (65) 68288389 atau emel boxoffice@esplanade.com. Sementara itu, para pelajar dan golongan senior pula boleh mendapat diskaun dengan harga 21SGD (RM63).

*foto kredit: @theshahrulizzat untuk @ss_creatives

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply