Adam Corrie Bakal Terima Cahaya Mata Lelaki

Siapa tidak gembira apabila bertahun mencuba untuk mendapatkan cahaya mata, akhirnya impian itu bakal termakbul. Pelakon Adam Corrie, boleh senyum kerana isterinya bakal melahirkan anak pertama mereka. Jantinanya ialah lelaki!

Siapa sangka dikala usia 50tahun manakala isteri 40 tahun mereka bakal menerima cahaya mata pertama. Itu semua kuasa Allah SWT. DIA yang menentukan segalanya. Dalam pada itu, sepatutnya isteri Corrie melahirkan anak secara pembedahan. Namun tidak dilaksanakan.

View this post on Instagram

Alhamdulillah isteri saya @puan_fazi_fuad tak jadi czer utk bersalin setelah doktor pantau kesihatan bidadari di hospital. . Kalau bidadari sy bersalin smlm, baby Lee akan lahir tak cukup bulan. Alhamdulillah.. terima kasih yang mendoakan kesihatan bidadari sy dan Baby Lee 😊. . Doktor nasihatkan banyakkan berehat , tak boleh keluar rumah supaya Darah Tinggi terkawal dan baby Lee lahir cukup bulan dan sihat kelak😊. Baby Lee nak bermanja lagi dlm rahim mak tu 😊… . Sy wakil bidadari sy ingin minta maaf yang whatsapp, call, DM dan sebagainya beliau, tak dpt menjawab sebarang panggilan. Hp dia silent. Perlukan masa utk diri sendiri berehat. . . Terima kasih murabi saya Ustaz @zulramli_mrazali dtg hospital ziarah kami smlm. #adamcorrie #babyLee #adamfazi❤️ . Ini ig sy, sy berhak utk delete komen dan block sesiapa sahaja yang tidak menjaga adab . Terima kasih 😊

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on

Alhamdullilah. Kami mendoakan supaya segalanya dipermudahkan. Tidak sabar nak lihat wajah Baby Lee. Pasti comel. Semoga menjadi anak yang soleh, In Sha Allah, Amin.

Sumber Instagram Adam Corrie

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.