Mak Cun Berkolaborasi Dengan Avana

Platform secara atas talian salah satu medan untuk mengembangkan perniagaan. Disebabkan itu AVANA, platform e-dagang telah mengumumkan kerjasama dengan Mak Cun untuk membantu pengusaha perniagaan kecil dan mikro membangunkan perniagaan mereka melalui ekonomi digital.

Gelaran Mak Cun telah mencetuskan satu fenomena yang menjadikan satu jenama. Mak Cun terus meluaskan empayar beliau dengan Mak Cun Mart dan berbekalkan pengalaman dan kegigihan, Mak Cun telah berjaya membawa perniagaan industri kecil dan sederhana ke pasaran yang lebih besar.,

“Penonton TV yang mengikuti siri drama Mak Cun pasti mengenali karakter dan wawasan Mak Cun untuk mengambil alih dunia dengan perniagaannya. Apabila Peniagawati mengundang saya menyertai program Misi Fesyen & Perniagaan Malaysia di New York, saya menyedari bahawa itu merupakan peluang saya membawa jenama Mak Cun untuk membawa produk-produk usahawan kecil ke platform antarabangsa,” katanya.

Erma menghasilkan rangkaian produk Mak Cun dengan kerjasama usahawan ISK (Industri Kecil dan Sederhana) desa. Terkini, dengan kerjasama AVANA, Erma sudah melancarkan sebuah kedai e-dagang untuk produk- Mak Cun. Di samping itu, pendidikan dan latihan tambahan akan disediakan untuk mendidik usahawan desa supaya mereka dapat meluaskan sayap perniagaan mereka ke persada global.

Melalui kemudahan yang disediakan di platform AVANA, jenama Mak Cun juga dapat membantu usahawan desa IKS memperluaskan perniagaan sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

AVANA menyediakan sebuah platform e-dagang untuk usahawan kecil dan mikro dengan harga yang berpatutuan dan pengguna perkhidmatan ini dapat membina sebuah perniagaan dalam talian dalam masa beberapa minit sahaja.

Kemudahan platform e-dagang AVANA juga dapat menyokong perusahaan mereka dari segi proses pengendalian stok dan invois secara automatik, sistem pembayaran atas talian yang memudahkan proses pembayaran dalam talian, dan ciri lain seperti mencetak nota konsainmen Poslaju dari rumah.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.