Aiman Hakim Bidas Kenyataan Pengarah Drama Nur

Drama yang trending di bulan ramadan ini memang disukai ramai. Ramai yang menanti untuk menonton ketika berbuka puasa terutama bersama keluarga. Dialog yang menjadi tular, PBSM, LHDN, horn, petai dan yang terbaru sup bunjut. Anda pasti tahu drama apa bukan?

Ya drama Nur arahan Shahrulezad Mohameddin ini menjadi sebutan ramai. Menampilkan Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Fatimah Abu Bakar, Dato’ Jalaludin Hassan, Nur Khiriah, Azhan Rani dan ramai lagi. Pelakon dalam drama ini dianggap sangat bagus. Malah skrip serta jalan cerita Nur berbeza dengan yang sedia ada.

Penyampaian cerita sangat luar biasa kerana dalam sebak, sedih, Shahrulezad bijak bermain dengan perasaan penonton. Dialog yang lucu dan sponton menambahkan rencah drama ini.

Baru-baru ini Shahrulezad telah ditemubual oleh rakan wartawan daripada Harian Metro mengenai isu skrip sampah yang diperkatakan oleh Aiman Hakim. Seperti yang dikatakan oleh Shahrulezad sebenarnya ada skrip dan produksi yang bagus. Namun Aiman belum dapat lagi skrip begitu.

Walau bagaimana pun Aiman telah membidas kenyataan yang diberikan oleh Shahrulezad.

Setelah Aiman komen sebegitu rupa, Shahrulezad telah mempertikaikan komen tersebut

Ha apa pendapat anda? Yang penting drama Nur trending dan digemari! Tahniah buat Shahrulezad dan produksi!

Sumber Facebook Shahrulezad

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply