Mempertaruhkan Lagu Cinta Tak Sempurna, Neesa Harap Diterima Peminat

Industri hiburan tanah air sentiasa meriah dengan pendatang baru. Tidak kira dalam bidang nyanyian mahupun lakonan. Pendatang baru tumbuh bagai cendawan. Ada yang hanya diangin lalu, tidak kurang juga yang masih kekal membina nama.

Terkini, Haneesa Abdullah atau mahu dikenali sebagai Neesa merupakan seorang pendatang baharu berusia 23 tahun, mempertaruhkan single terbaru berjudul Cinta Tak Sempurna. Neesa bermula menceburi bidang nyanyian seawal umur 13 tahun. Sehingga kini Neesa masih bergiat aktif memuat turun video nyanyiannya yang menyanyikan pelbagai genre lagu-lagu artis tempatan dan juga antarabangsa.

Pada 2017 Neesa telah dilamar syarikat rakaman August Tree Records dan ini merupakan peluang terbaik untuk Neesa bergerak secara lebih serius dalam bidang nyanyian.

Cinta Tak Sempurna telah pun berada di YouTube dan platform digital di seluruh Malaysia serentak pada bulan Januari 2018.

“Dengan lagu Cinta Tak Sempurna, saya diberikan peluang untuk menonjolkan karakter vocal dan belajar untuk menguasai teknik-teknik di dalam nyanyian. Merupakan sebuah lagu yang mempunyai jalan cerita yang menarik dan melodi yang indah untuk diperdengarkan. Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan proses rakaman dan perancangan yang telah diaturkan syarikat rakaman. Saya yakin lagu ini mampu mencuri perhatian ramai”, Kata Neesa

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.