Anak Tomok Pandai Bermain Piano!

Trend terkini, ramai membuka akaun Instagram untuk anak mereka. Ini untuk menjadikan memori di masa hadapan. Namun ada juga yang tidak berminat membuat akaun khas. Sebaliknya hanya berkongsi sesekali di laman sosial masing-masing.

Begitu juga dengan Tomok yang mempunyai dua hero, Arrianshah Akid, 7 tahun dan Andrashah Iman 4 tahun. Walaupun kedua-duanya sentiasa mendapat perhatian, namun Tomok tidak mencipta akaun khas. Bagus juga sebenarnya. Biar mereka besar nanti yang buat sendiri.

Kami tertarik dengan video yang dikongsikan oleh Tomok di Insta Story.

Pandai sungguh Arrian bermain piano. Sebenarnya boleh nampak Arrian dan Andra ke arah muzik. Apa lagi Tomok. Ke mana tumpahnya kalau tidak ke nasi!

Sumber Instagram Tomok

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply