Lagu Lavida Raya Trending #1, Ada Yang Cadangkan Jadi Lagu Tema Piala Dunia 2018!

Kita berpuasa sudah lebih daripada dua minggu. Pasaraya mahupun stesen radio telah pun memasang lagu-lagu raya. Meriah kan? Tidak terkecuali selebriti tanah air yang merakamkan lagu raya.

Usahawan kosmetik terkenal, Dato Sri Vida, turut merakamkan lagu raya! Jangan main-main. Lagu yang berjudul Lavida Raya telah pun dimuat naik di Youtube.

Rata-rata peminat memberi komen positif. Malah ada yang menyarankan untuk dibuat sebagai lagu tema World Cup! Komen anda pula bagaimana?

Ternyata, lagu ini telah menjadi trending! Tidak sampai 24 jam, telah mendapat nombor 1 di laman Youtube Malaysia! Hebat juga penangan Dato’Sri Vida ini.

Dengar kata bersempena dengan pelancaran muzik video Lavida Raya ini Dato’ Sri Vida akan memberikan hadiah bernilai RM100 serta barangan peribadi miliknya setiap hari selama seminggu kepada para peminatnya. Caranya senang saja, hanya terus share muzik video #lavidaraya di akaun media sosial serta komen terbaik akan di pilih sebagai pemenang!

Jom kita kongsi, tonton, nyanyi, menari sama-sama!

Sumber Instagram & Youtube DSV

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.