Tahniah Malaysia!

Keprihatinan rakyat Malaysia terhadap kerajaan baru memang luar biasa. Sejak Tabung Harapan Malaysia (THM) dilancarkan, seluruh rakyat Malaysia telah membantu. Tidak kira persendirian mahupun syarikat. Tidak kira berapa jumlah, tetapi itu tandanya rakyat mahukan perubahan. Itu yang penting.

Setakat jam 3 petang 1 Jun 2018, jumlah terkumpul sudah mencapai RM18,608,925.36! Tahniah Malaysia! Kita berjaya bantu negara tercinta. Tiada paksaan untuk menderma. Terserah kepada individu tersebut. Sekiranya tidak mahu menderma tidak mengapa. Tidak ada sesiapa yang marah.

Kalau ada diantara anda pernah membuat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Malaysia (PTPN) silalah bayar juga. Itu sebenarnya membantu negara kita yang tercinta.

Dalam pada itu, selebriti tanah air turut menderma. Jadi, mari kita sama-sama bantu ya! Bagi yang hendak membantu ini nombor akaun Tabung Harapan Malaysia yang bernombor 5660-1062-6452 (Maybank) yang diumumkan sebelum ini. Jangan salah ya!

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.