Fasha Sandha Mohon Maaf Terhadap Nora Danish

Umum mengetahui kemelut antara Fasha Sandha dan Nora Danish. Hubungan keduanya memang sudah lama tidak baik. Mungkin ada usaha untuk berbaik seperti sediakala namun nampaknya tidak berjaya

Namun, Fasha telah memuat naik posting mengenai permohonan maaf terhadap Nora.

View this post on Instagram

Bismillahirahmanirahim, Sempena hari Jumaat (Ramadhan 16) ,di bulan yang Mulia ini, Ingin saya memaklumkan pada semua bahawa segala isu permasalahan saya dan Nora telah berakhir pada tanggal 22Mei 2018 di Pejabat Mediasi di hadapan kedua peguam. Secara tiada paksaan, saya telah memohon maaf pada Nora Danish pada hari Mediasi tersebut dan berdamai. Ini adalah jalan terbaik demi kebaikan anak2. Segala isu saya dan Nora Danish sudah tamat dan saya juga TIDAK AKAN memberikan sebarang kenyataan tentang perkara itu lagi selepas ini. Saya ingin anak2 saya membesar dengan Harmoni . Sesungguhnya anak2 saya adalah dunia saya, apa yang saya lakukan adalah demi kebaikan anak2. Saya juga ingin mengucapkan TERIMA KASIH kepada SAHABAT MEDIA, PEMINAT2 SAYA DAN PEMINAT NORA, SAHABAT SAYA MURSHID EUNOS, Yang tidak pernah jemu mendoakan agar kami berdamai. Terima kasih juga buat dua peguam yang arif dan bijaksana. . Syukur Alhamdulillah MAAF ZAHIR DAN BATIN Doakan anak2 kami membesar dengan baik dan sihat selalu, Amin YRA. #RayaTerindah #iburayfalraysha #tenangisgood

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Menurut Fasha, dia memohon maaf terhadap Nora pada Mediasi yang dilakukan di hadapan kedua peguam pada 22 Mei 2018 yang lalu. Fasha melakukan semua itu demi kebaik anak-anak dan dia tidak akan memberi sebarang kenyataan lagi selepas ini.

Jika benar sebegitu kami mendoakan Fasha dan Nora kekal bersahabat. Semoga semuanya baik-baik. Amin!

Sumber Instagram Fasha

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

One Comment on “Fasha Sandha Mohon Maaf Terhadap Nora Danish”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.