Dr.Soo Wincci Mahu Sambung PHD Ke 2

Tidak sukar untuk menemubual Dr.Soo Wincci kerana dia sentiasa memberi kerjasama. Walaupun tidak berada di Malaysia, tetapi telefon mudah alih membantu untuk bertanya khabar. Umum mengetahui Soo Wincci salah seorang selebriti yang akan berpuasa. Walaupun bukan beragama Islam tetapi bukan menjadi masalah buat Wincci.

“Ini adalah tahun ke tujuh saya berpuasa. Berpuasa di luar negara sangat mencabar kerana lebih daripada 10jam. Minggu pertama sedikit susah kerana Wincci rasa mual. Tetapi Wincci dapat menyesuaikan diri”, ujarnya.

Wincci juga seorang yang suka belajar dan belajar. Khabarnya dia mahu menyambung PHD yang kedua. “Belajar sebab sebenarnya itu strategi Wincci sejak kecil, kerana di Malaysia Wincci sudah merancang untuk ke Hollywood. Tetapi Wincci tidak mahu hanya tunggu di situ sahaja jadi Wincci gunakan masa di Malaysia dengan berlakon, menyanyi sambil belajar supaya satu hari nanti iaitu sekarang Wincci boleh berdikari di luar negara. Dan ramalan Wincci memang tepat, sekarang masuk USA susah, jadi dengan belajar dan bekerja, jika dapat offer PHD Wincci sudah ada gaji dan duit untuk tinggal dan membina tapak seni kat USA. Ia suatu perjalanan yang sukar tetapi yang kukuh namun ia berbaloi kerana Wincci boleh berkongsi ilmu semula. Sekarang Wincci memohon PHD In Music Tech dan PHD in Education. Lihat mana yang dapat, Wincci terima”, cerita Wincci panjang lebar.

Sebelum ini Wincci dilihat lantang bersuara. Dia pernah di ban oleh pihak tertentu. “Sebelum kerajaan baru, memang Wincci di ban. Ini telah memaksa Wincci untuk pergi ke luar negara untuk mencari peluang. Di ketika itu, Malaysia sudah ramai artis dan Wincci mula merasai kesusahan. Dengan kerajaan baru bagi Wincci ia adalah berita baik kerana semua media boleh menemubual Wincci”, katanya. Wincci belum pasti bila untuk pulang ke Malaysia kerana dia perlu berjimat dan perlu terus kerja di luar negara.

Foto kredit Instagram Soo Wincci.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.