Rakyat Gembira Dengan Pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim

Selepas kerajaan bertukar tangan, seluruh rakyat Malaysia sentiasa menunggu berita terkini daripada pihak kerajaan. Boleh dikatakan Perdana Menteri kesayangan ramai tidak rehat. Ramai yang risau akan kesihatan Tun Dr.Mahathir Mohamad. Namun itulah yang Tun dikenali. Tidak akan sesekali patah semangat untuk memperbaiki Malaysia.

Berita yang menerujakan adalah pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setelah 20 tahun dipenjarakan akhirnya Datuk Seri Anwar mendapat pengampunan penuh dari Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dan dibebaskan serta merta.

Ketika berada di Unit Kemasukan Pesakit, Hospital Rehabilitasi Cheras, ratusan pengamal media dari luar dan dalam negara serta penyokong telah berkumpul sejak awal pagi. Turut kelihatan keluarga, Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Nururl Izzah Anwar serta Datuk Seri Azmin Ali.

Apa yang menarik juga, perkongsian gambar-gambar yang dikongsikan di laman sosial. Seluruh rakyat Malaysia gembira dengan berita tersebut. Malah melihat gambar sahaja hati sudah rasa sebak gembira.

View this post on Instagram

Alhamdulillah, syukur pada tuhan.

A post shared by Dr Wan Azizah Wan Ismail (@drwanazizah) on

View this post on Instagram

Menjunjung kasih Tuanku!

A post shared by Dr Wan Azizah Wan Ismail (@drwanazizah) on

Sumber Mstar Online & Astro Awani

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.