Ziana Zain Mahu Cerai, Armin Letak Syarat

Nampak gayanya kemelut rumah tangga Ziana Zain dan suaminya belum ada penamat. Menerusi berita dari Mstar Online, Armin Zaharin setuju untuk menceraikan dengan Ziana namun bersyarat. Armin telah meletakkan syarat dia mahu berjumpa dengan anak-anak.

Walau bagaimana pun Ziana tetap mahu bercerai. Ziana sesekali tidak akan memutuskan silaturrahim antara anak dan bapa mereka. Namun begitu, ia semua selepas kes tersebut selesai. Kes tersebut akan disebut semula pada 28 Jun 2018.

Sebelum ini Armin didakwa mendatangkan kecederaan terhadap anaknya dengan menggunakan rotan sehingga menyebabkan luka dan lebam. Pertuduhan itu mengikut Seksyen 232 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Menerusi Instagram pula Ziana Zain, dia sepatutnya hadir dirancangan FBI Live namun tidak dapat menghadirkan diri atas sebab-sebab tertentu.

Semoga ada penyelesaian kes ini dan semoga Ziana Zain juga tabah dalam menghadapi apa jua keadaan sekalipun.

 

Sumber Instagram Ziana Zain & MStar Online

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply