Gambar Tersebar, Uqasha Senrose Tutup Ruangan Komen

Kecoh apabila gambar Uqasha Senrose yang sedang berada di balai polis tersebar. Sebelum ini Mstar melaporkan bahawa seorang pelakon wanita telah ditahan polis.

Dia ditemui dalam keadaan khayal beserta sejumlah dadah sintetik yang dipercayai jenis Erimin 5 sebanyak 53 biji di dalam beg tangannya. Walau bagaimanapun dia dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, dadah tersebut dianggarkan bernilai RM660 dan saringan awal air kencing juga negatif. Selain dari itu dia dipercayai telah melanggar kenderaan seorang lelaki Cina di Taman Tun Dr.Ismail kira-kira 11.45 pagi.

Selepas gambar tersebar, Uqasha telah menutup ruangan komen di laman Instagram. Ini kerana ribuan komen negatif telah ditaburkan.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply