Azrinaz Mazhar Sudah Berkahwin!

Setelah lama bersendiri, Azrinaz Mazhar Hakim telah pun berkahwin. Azrinaz telah membuat pengumuman tersebut pada Jumaat yang lalu.

Seperi yang dikongsikan 1 May Azrinaz dan pasangan telah diijabkabulkan. Jejaka yang bertuah itu telah dikenali 20 tahun yang lalu namun baru setahun keduanya menjadi rapat.

Majlis perkahwinan antara Azrinaz dan Fairos Khan Abdul Hamid itu dihadiri oleh keluarga terdekat secara tertutup.

Azrinaz memohon agar semua pihak memberi ruang kepadanya.

“Dengan pernikahan ini, saya berharap semua pihak berilah ruang untuk memahami naluri saya yang juga manusia biasa mempunyai kehendak dan perasaan. Izinkan saya untuk hidup berpasangan seperti kalian semua lengkap melengkapi meniti hari tua”.

Selamat pengantin baru buat Azrinaz dan Fairos dari kami di Jambu Batu.

Sumber Instagram Azrinaz.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply