Mila Kongsi Pengalaman Ketika Mengerjakan Umrah

Pada 14 April yang lalu, Mila Jirin telah mengerjakan umrah bersama keluarga. Ini pertama kali Mila ke tanah suci Mekah bersama suami dan anak, Arif Zikri yang baru berusia 11bulan. 12 Mei nanti, baru cukup setahun si comel ini.

Mila telah pulang ke tanah air. Penyanyi ini telah pun berkongsi pengalaman sepanjang berada di tanah suci Mekah. Pengalaman itu sebenarnya boleh digunakan oleh anda yang berniat untuk membawa anak kecil untuk mengerjakan umrah atau pun haji.

View this post on Instagram

Alhamdulillah kami dah selamat sampai di #Malaysia… Syukur… Nanti Mommy share pengalaman Mommy di Tanah Haram #Makkah & #Medina insya Allah… Maaf la, Mommy tak upload banyak sangat sewaktu di Makkah & Madina, sebab Mommy is busy di #MasjidilHaram & #MasjidNabawi …. Ya Allah RINDUUUU tanah haram itu …. Oh ya, yang kirim DOA, alhamdulillah separuh dapat Mommy baca DM & juga Komen… yang Mommy tak sempat baca 1 persatu, Mommy tetap sampaikan doa kalian yg lain2 di tanah Haram "Moga Allah yang maha Mulia kabulkan segala doa kita…amin" Pstttt : Muka Mommy pucat lesi, baru bangun tidoq… Anak bujang Mommy dok lenaaa lagi 😁 (Mommy bersyukur Arif Good Boy!) Nanti Mommy share ya pengalaman Mommy handle Arif (11Month Baby) … Alhamdulillah ALLAH permudahkan…

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin) on

View this post on Instagram

Setiba di Makkah (dalam 2 jam perjalanan dari Jeddah) Mutawif yang bertugas Ustaz Bismi @amerrzainal mengejutkan kami..Hati saya Dup Dap Dup Dap mencari2 Masjidil Haram… Nampak Sikit sikit sahaja…Tak Sabar rasanya masuk kedalam. . . Selesai Check in Hotel (Millenium Makkah) …Makan, Mandikan Arif, Solat…Saya tak tidurkan Arif seperti biasa (kebiasaanya Arif aķan tidur selepas Maghrib).. . . Selepas Isyak baru Ustaz Bismi bawa kami Tawaf.. En Suami dukung Arif sepanjang Tawaf dan Sai. Alhamdulillah sepanjang Tawaf Arif Tidur walaupun keadaan bersesak sesak dengan pelbagai jenis bunyi dok Ada, Arif tetap lena diulit Mimpi (Keletihan Arif disamping waktu itu jam Malaysia sudah pukul 1Pagi) . . Cuma ada 1 part sahaja waktu sedang Tawaf, tiba tiba Arif terkejut sebab ada segerombolan group sedang Tawaf dibahagian Penjuru Hajarul Aswad dan bacaan mereka kuat betul…Waktu itu Arif menangis sambil bergerak gerak tanda tak selesa…Saya dah cuak…Sampai hampir terlupa nak jaga Bahu…Nasib baik Ustaz Bismi dari belakang dah cakap "Kak Bahu Jaga…Bahu jaga".. . . Alhamdulullah, Arif bertenang semula sampai lah saya selesai Solat Sunat… Selesai solat, Sambil En Suami solat, saya sempat susukan Arif sekejap, buat bekal nak Sai nanti….Kami pun mula Sai…Alhamdulillah Arif lenaaa saja sewaktu Sai dan bertahalul. . . Saya rasa jika bawa Anak kecil, memang SANGAT SESUAI bertawaf selepas Isyak. Sebab Baby akan tidur dan keadaan pun tak panas. . . Sebelum Turun ke Masjidil Haram, Memang saya susukan Arif kenyang kenyang dulu supaya Arif Selesa.. Lepastu the moment nak turun ja, saya terus tukar Pampers Arif.. Dalam Hati saya, Moga Allah permudahkan dan Arif tak meragam.. Alhamdulillah selesai Umrah Wajib kami… . . Perasaan sewaktu mula mula nampak Kaabah jgn cakap la, berjurai jurai Air Mata bertapa sayu nya hati kerana Allah yg maha mulia masih menjemput Pendosa seperti saya ni ke rumah Allah..Waktu Tawaf pun berjurai jurai jugak….huhuhu Waktu Solat Sunat pertama kali solat depan Kaabah..Mata berkaca kaca bagai tak percaya didepan saya Adalah Kaabah. Ya Allah kini ku mengerti erti MERINDUI TANAH SUCI…Sesungguhnya Aku sangat RINDU #Makkah …Bersambung…

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin) on

View this post on Instagram

Assalamualaikum Selamat Pagi… Pagi pagi ni teringat suasana di #Makkah…Ramai yang tanya, bila saya Solat Arif macam mana??? . . Saya menunaikan Umrah bersama keluarga (kami 10 orang) tetapi bila di Makkah, memang kami tidak bergerak berkumpulan kerana disana memang kena masuk Masjid Awal, Jadi siapa turun dulu terus ke Masjid sebab jika tunggu risau Pintu Masuk ditutup. Jadi Saya, Suami & Arif kami 3 beranak ke Masjid bersama sama. Arif dengan Mommy setiap kali Solat #Alhamdulillah . . Mommy Suka masuk dari pintu King Aziz sebabnya, terus sahaja menuju Kaabah (Turun Tangga sikit sahaja)… . . Bercakap mengenai Solat bawa Arif sekali, Alhamdulillah Arif Good Boy sahaja..Kadang2 Arif bermain main dengan Plastic Cup Zam Zam, Kadang2 Arif main Botol Air dia, Kadang2 dia main kejar kejar dengan Anak Arab 🤣 (Amboi Arif, yang dikejar selalunya gugirl saja!) Hahaha… . . Alhamdulillah, Sebelum berangkat, Mommy ada membaca dan belajar cara cara Solat Sambil dukung bayi dan juga Solat secara Duduk.. Ini ada kaitannya, sebab ya lah, terkadang ada yang tak kena, Mommy tengah solat tiba tiba Arif Menangis, Jadi jika masih Iktidal Mommy boleh dukung Arif sekejap, Waktu nak sujud baru Mommy letak at least Arif dapat bertenang… Sama juga dengan Solat secara duduk…Beberapa kali juga Mommy solat duduk sebabnya Arif Tidur…Arif style nya jika tidur memang tak nak diletakkan di bawah..Mommy try letak atas selimut, letak atas sejadah semua tak nak dan terus bangun…jadi tak ada cara lain, Mommy pakai "Baby Wrap Mak Yang" dan solat secara duduk…Alhamdulillah bila bawa Babby ni banyak sangat Allah permudahkan…Contohnya kadang2 Mommy dah sampai lewat, Masuk juga nak solat dibawah..tempat jemaah Wanita dah penuh..Penjaga Arab yang berbaju hitam semua tu siap panggil untuk selit selitkan Mommy masuk saf 😁…Ada juga yang tolong carikan kerusi sbb waktu tu Arif sedang lena diulit Mimpi… . . Cumanya, Mommy kerap solat di Level 1 sebabnya lebih selesa jika kita dengan Anak ni…Tak lah crowded sangat section wanita diatas berbanding dibawah… . . Alhamdulillah Allah permudahkan urusan Mommy & @arifzikri17 GOOD BOY sangat sangat….Mommy kena bagi Award kat Arif ni 😙

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin) on

Semoga perkongsian Mila ini dapat membantu anda. Kami juga seronok membaca cerita dari Mila. Terasa seperti berada di sana juga.

Semoga kami juga dapat menjejak kaki ke rumah Allah ini juga.

Sumber Instagram Mila.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.