Altimet Bawa 6 Air Ke Lokasi Kemarau?

Bagai air mencari jenisnya, begitulah juga dengan penyanyi rap tersohor – Altimet – yang telah pun mula  turun padang ke 6 lokasi di seluruh Semenanjung Malaysia dalam usahanya bersungguh-sungguh untuk mempersembahkan ‘Air’ secara langsung kepada peminat.

Lokasi pertama telah diadakan di Pintu Luar Utama, Amanjaya Mall, Kedah pada 26 April lalu, diikuti dengan  Kedai Kopi Shocka, Penang (27 April 2018), disusuli dengan  Pasar Karat, Johor Bahru, malam tadi.

Lokasi terbaru adalah di Padang Astaka, Kemaman, Terengganu pada esok hari, Menara Taming Sari, Melaka (5 Mei 2018) serta Tapak Car Boot Sales Kota Damansara, Selangor (6 Mei 2018).

Jangam lepaskan peluang untuk bertemu dengan Altimet serta airnya…..

#AltimetAir Road Tour ini merupakan rangka promosi album ‘Air’ yang baru sahaja dilancarkan pada Mac lalu. Namun siri jelajah ini bukan sahaja untuk mempromosikan album tetapi ia juga merupakan suatu platform untuk Altimet bertemu mata dengan peminat dari seluruh ceruk rantau.

Bakal bersara sebagai penghibur di hujung tahun ini, siri #AltimetAir Road Tour ini juga dilihat sebagai tanda terima kasih Altimet kepada peminat atas sokongan yang diberikan sepanjang kerjaya seninya hampir 20 tahun.

Pemenang Persembahan Terbaik, Anugerah Juara Lagu Terbaik Ke-32 (AJL 32) ini dijangkakan akan mempersembahkan lagu-lagu daripada album ‘Air’ seperti ‘Bunga’ dan ‘Mambang’ yang sudah semakin mesra di telinga peminat, dan beberapa lagu hitsnya yang terdahulu.

Tambahan pula, #AltimetAir Road Tour ini turut disokong RedBull minuman tenaga yang merupakan produk dari Eropah yang telah menyediakan kemudahan kenderaan pacuan 4 roda yang digelar sebagai ‘Chief’ dan dilengkapi dengan sound system yang canggih.

#AltimetAir Road Tour ini telah pun bermula sejak  26 April di lokasi pertama iaitu di Amanjaya Mall, Kedah. Berikut merupakan tarikh dan lokasi jelajah untuk promosi album ‘Air’:

  TARIKH MASA LOKASI
1 26 April 2018 (Khamis) 8.00 malam Pintu Luar Utama, Amanjaya Mall, Kedah
2 27 April 2018 (Jumaat) 8.00 malam Kedai Kopi Shocka, Penang
3 29 April 2018 (Ahad) 8.00 malam Pasar Karat, Johor Bahru
4 2 Mei 2018 (Rabu) 8.00 malam Padang Astaka, Kemaman, Terengganu
5 5 Mei 2018 (Sabtu) 8.00 malam Menara Taming Sari, Melaka
6 6 Mei 2018 (Ahad) 8.30 pagi Tapak Car Boot Sales Kota Damansara, Selangor

Peminat boleh mendapatkan album fizikal ‘Air’ yang direka eksklusif oleh Kongsi Design di setiap lokasi dengan harga promosi RM25.00.  Album edaran Warner Music Malaysia ini sudah pun tersedia di kesemua pelantar digital sejak 30 Mac 2018.

Sebarang maklumat lanjut sila layari www.altimet.com.my.

 

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.