Azri AF9 Dipenjara

April tahun lalu, bekas peserta Akademi Fantasia musim ke 9, Azri Abdullah telah dituduh mendera anak tirinya. Namun Azri mengaku tidak bersalah. Semalam, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya telah menjatuhkan hukuman kepada Azri dengan dipenjara 14 hari dan denda RM5,000.

Azri mengaku bersalah mendera anak perempuan tirinya dengan mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas dua tahun lalu. Menerusi Kosmo Online, Hakim Norshila Kamarudin menjatuhkan hukuman tersebut setelah Azri mengaku bersalah. Selain dari itu, mahkamah mengenakan penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Suami kepada penyanyi Salma, telah membayar denda itu. Ketika perbicaraan Salma dan keluarga turut hadir. Selepas pertuduhan dibaca, seluruh keluarga menangis teresak-esak dan terus memeluk Azri.

Mengikut pertuduhan, Mohammad Azri didakwa melakukan penganiayaan terhadap kanak-kanak yang kini berumur 11 tahun itu dengan mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas di sebuah pangsapuri di Seksyen 9, Subang Jaya, di sini, pada pukul 8 pagi, 5 Mei 2016.

Perbuatan itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply