KRU Dibubar!

Sebuah kumpulan yang sukar dicari ganti. Kumpulan yang menggunakan nama sendiri sebagai jenama. Siapa tidak kenal dengan KRU yang dianggotai oleh Datuk Norman, Yusry dan Edry. 25 tahun yang lalu kelincahan, kesegakkan ketiga beradik ini menjadi tarikan peminat. Setiap gerak geri mereka memang dinantikan. Lagu-lagu mereka usah kata tidak hafal. Semua dibibir. Contohnya Awas, Oh La La, Fanatik, Mengeri dan banyak lagi.

Namun pengumuman yang telah dibuat oleh abang sulung KRU, Datuk Norman, ternyata membuatkan hati peminat sedih. Seperti yang dilaporkan oleh MStar Online, selepas tamatnya konsert Gergasi KRU25 di Istana Budaya, KRU akan dibubarkan secara rasmi. Walaupun berat untuk berkata, namun itulah hakikatnya.

Tetapi bagi anda peminat KRU jangan risau. KRU masih ada tetapi sebagai sebuah syarikat media dan hiburan akan berterusan. Selain dari itu, ketiga-tiga mereka mempunyai komitment masing-masing dalam kerjaya dan juga keluarga. Jadi dengan pembubaran tersebut, mereka boleh fokus kepada apa yang mereka sedang laksanakan.

Pasti kami semua merindui KRU. Bagi anda semua jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan konsert terakhir mereka!

Kredit foto Instagram Yusry

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.