A Night Of Hope Bersama Liza Hanim, Ayu Damit Dan Nourul Depp

Apabila sesebuah majlis yang mengabungkan beberapa penyanyi, selalu diajukan, adakah mereka akan berduet? Ini kerana penyanyi genre mereka berbeza-beza. Jadi apabila disatukan dalam satu lagu, pasti ramai yang teruja. Itu yang bakal berlaku dalam Majlis Amal Makan Malam “A Night of Hope” yang dibawakan oleh National Diabetes Institute atau NADI.

NADI adalah sebuah badan bukan berasaskan keuntungan dan badan bukan kerajaan (NGO) sedang berusaha gigih mengutip dana bagi mengisi tabung untuk disalurkan kepada kanak-kanak dalam negara kita yang menghidap Diabetes Jenis 1.Bilangan kanak-kanak Diabetes Jenis 1 semakin meningkat. Mereka amat memerlukan bantuan khususnya untuk kos perubatan yang dianggarkan mencecah ratusan ribu ringgit setahun.

Oleh itu pihak NADI telah menganjurkan sebuah majlis amal makan malam dengan tema ‘A NIGHT OF HOPE’ pada 21 April 2018 bersamaan dengan hari Sabtu, jam 8 malam. Projek Majlis Amal Makan Malam ini mendapat perhatian daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah, Sultanah Terengganu yang berkenan menjadi Penaung Majlis Amal Makan Malam ‘A NITE OF HOPE’ NADI.

Tiga penyanyi wanita tanah air bersuara emas, Liza Hanim, Nourul Depp dan Ayu Damit (One In A Million) akan tampil di pentas Royal Grand Ballroom, Palace Of Golden Horses untuk membuat persembahan. Kombinasi ketiga-tiga penyanyi ini dilihat amat berbeza dan khabarnya akan berduet. Apakah lagu yang bakal mereka berduet? Anda perlu hadir ke majlis ini. Bukan sahaja boleh mendengar kelunakan suara ketiga-tiga mereka malah dengan pembelian tiket tersebut dapat disalurkan kepada kanak-kanak yang menghidap diabetes.

Harga meja amal bermula daripada RM6500 sehingga RM12500. Manakala untuk individu pula RM300. Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi Puan Kunor Ku Pengiran di talian 011-61179093 dan Cik Melissa 010-3229319.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.