Konsert Solo Kumpulan Padi Di KL Live Centre!

Anda peminat kumpulan PADI dari Indonesia? Berita gembira buat anda semua! 30 Jun 2018, PADI akan beraksi di KL Live Centre. Pastikan anda yang merindui kumpulan ini tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan Padi Reborn Exclusive Live in KL.

Padi yang di anggotai Piyu (Gitar), Fadly (Vokal Utama), Ari (Gitar), Rindra (Bass) dan Yoyo (Drum) tidak sabar untuk bertemu peminat atau mereka gelarkan para Sobat Padi di Malaysia. Maka dengan itu, buat julung kalinya dalam sejarah pernubuhan Padi sejak tahun 1997, mereka mengadakan konsert perdana di Malaysia.

“Kami berasa cukup terharu dan senang sekali kerana buat pertama kalinya dengan memakai nama Padi Reborn, sebuah konsert solo kami akan dipersembahkan. Persembahan di Malaysia ini juga sebagai lambang apresiasi buat Sobat Padi yang tidak pernah lelah menyokong kami biar pada saat Padi vakum dan kini kembali. Kami berharap Sobat Padi Malaysia akan senang dan bergembira bersama menyanyikan lagu-lagu Padi” ujar Piyu.

Dibawakan oleh Qew Communications Sdn Bhd, Pengarah Urusan syarikat tersebut, Iqbal, lebih berbesar hati kerana lamarannya untuk membawa Padi Reborn masuk ke Malaysia menerima kata sepakat yang baik daripada kumpulan tersebut. Sementelah, ini merupakan konsert sulung dan solo Padi Reborn yang begitu ‘mahal’ dan eksklusif sejak penubuhannya untuk beraksi di Malaysia.

“Kami amat maklum sejak Padi Reborn kembali aktif sekitar Februari lalu, adalah sesuatu yang menarik sekiranya kumpulan ini dapat beraksi di Malaysia. Selain begitu sukses dan popular dalam belantika muzik Indonesia, saya percaya Padi Reborn mempunyai pengikut atau Sobat Padi yang setia dan terlalu merindukan aksi pentas secara langsung mereka di sini. Maka, Qew Comm dengan bangganya membawa Padi Reborn Exclusive Live In KL khusus buat anda semua,” ujar Iqbal penuh teruja.

Tiket-tiket yang berharga dari RM149 sehingga RM290 telah pun dijual di www.buytickets.com.my . Cepat dapatkan dengan segera!

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply