9 Mei 2018 Cuti!

Setelah pengumuman dibuat bahawa Pilihan Raya Umum (PRU-14) jatuh pada 9 Mei 2018, ramai yang mula berkira-kira mahu pulang ke kampung. Bagi yang tinggal di kawasan yang sama mengundi tidak mengapa. Kalau yang perlu pulang ke kampung masing-masing, pasti menjadi masalah.

Ini kerana, 9 Mei jatuh pada hari Rabu dan ia adalah hari bekerja. Tetapi itu tidak menjadi masalah. Anda boleh meminta cuti sebelum dan selepas 9 Mei. Menerusi berita Bernama, Kerajaan telah mengisytiharkan 9 Mei sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara bersempena hari mengundi PRU-14.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, pengisytiharan cuti umum itu dibuat berdasarkan seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Bagi Sabah dan Sarawak, Kerajaan-Kerajaan Negeri hendaklah mengisytiharkan hari kelepasan am tambahan pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing.

Oleh itu tidak menjadi masalah untuk kita semua pulang menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Jom mengundi!

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply