Deja Moss Redha Dicerai

Tanpa angin rebut, tiba-tiba gempar dengan berita penceraian penyanyi Deja Moss. Menerusi Sinar Harian, suami Deja, Azfendy Datuk Azzuddin Ahmad telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Deja tidak menafikan sebaliknya memberitahu dia redha untuk bercerai. Alasan yang diberikan kerana tidak mempunyai zuriat. Namun Deja mengatakan dia sedia untuk bermadu tetapi apakan daya sudah tidak ada jodoh.

Deja dan Azfendy berkahwin pada 30 Ogos 2008.

Deja berterima kasih kepada sokongan yang telah diberikan. Yelah, kehidupan perlu diteruskan. Semoga Deja bersabar dan bertabah.

Sumber Instagram & Facebook Deja

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply