Aspirasi Risteena Untuk Cantik Dara

Ramai artis dan selebriti yang menceburi bidang perniagaan dan tidak kurang juga menjadi duta jenama produk-produk tempatan dan antarabangsa. Ini dilihat sebagai langkah bagi artis dan selebriti tempatan untuk menambah sumber pendapatan dan tidak  hanya bergantung kepada kerjaya seni sepenuhnya.

Begitu juga dengan pelakon yang berusia 29 tahun ini yang semakin matang merancang masa depan. Demi ingin mencabar diri sendiri, Risteena melabur ratusan ribu ringgit duit simpanan hasil pendapatan kerjaya seninya selama 5 tahun untuk terlibat dalam bidang perniagaan.

Risteena atau nama sebenarnya Nur Risteena Munim Zainul Ilyas telah dinamakan sebagai salah seorang pemegang saham syarikat Cantik Dara Sdn Bhd. Bukan itu sahaja, sebagai langkah memberi wajah baru serta penjenamaan semula produk kecantikan Cantik Dara, Risteena juga turut dilantik sebagai Pengarah Urusan syarikat tersebut.

Menggalas tugas sebagai teraju syarikat dan wajah kepada jenama Cantik Dara, Risteena beraspirasi untuk meluaskan lagi jenama dan produk Cantik Dara di pasaran. Menurut Risteena, dia berhasrat untuk mengetengahkan satu produk kecantikan dan penjagaan kulit tempatan yang berkualiti pada harga mampu milik untuk kegunaan semua.

“Saya cuba gunakan sendiri produk ini dan saya dapat rasakan kesannya. Sejak menggunakan produk Cantik Dara ini, kulit saya sudah semakin bebas masalah. Itulah yang memberikan keyakinan untuk saya membantu mereka di luar sana yang turut mengalami masalah kulit serta memiliki kurang keyakinan diri untuk mucul di khalayak ramai,” Risteena berkata demikian ketika ditemui pada majlis penjenamaan semula produk kecantikan dan penjagaan kulit, Cantik Dara Sdn Bhd, di Bridge Bar, G-Tower Hotel pada Rabu lalu.

“Saya juga mahu memberi peluang kepada segelintir masyarakat untuk menjana pendapatan bersama Cantik Dara dengan menjadi agen dan stokis. Saya yakin dengan kualiti produk ini, ia bukan saja akan laris serta mendapat sambutan, bahkan mampu membantu agend an stokis Cantik Dara untuk meningkatkan taraf kualiti hidup mereka,” katanya lagi.

Produk Cantik Dara Beauty & Skincare dijamin bebas dan selamat dari bahan kimia dan bahan terlarang kerana ia telah dihasilkan di Melaka Biotechnology Corporation (Melaka Biotech). Malah, produk yang halal serta sah wudhuk ini turut mendapat kelulusan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ia juga memiliki lima produk utama iaitu Habatus Sauda Soap, Serum Moisturizer Apple Stemcell, CC Cream Foundation Full Coverage Natural Color, Lip Matte dan Mascara. Harga-harga yang dijual juga sangat berpatutan.

Layari laman web www.cantikdara.biz atau laman media sosial berikut untuk info lanjut:

Instagram : @cantikdara.official

Facebook : Cantik Dara

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.