Emy Akademi Fantasia 2016, Meninggal Dunia

Berita yang amat mengejutkan bagi peminat Akademi Fantasia. Masih ingatkah anda dengan Emy, bekas peserta Akademi Fantasia 2016? Atau nama sebenarnya Zahrul Hilmi
Badrul Hisam,25 tahun, telah meninggal dunia pada jam 1 tenghari, 3 April 2018.

Harian Metro melaporkan, Emy maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya bertembung dengan lori di Jalan Tamparuli-Ranau. Emy mengalami kecederaan parah di kepala dan badan. Emy yang menunggang motosikal Kawasaki Z800 dipercayai hilang kawalan selepas memasuki laluan bertentangan dan bertembung
dengan lori tiga tan.

Ibu kepada Emy sedang dalam perjalanan pulang dari Amerika Syarikat dan dijangka tiba di Kuala Lumpur hari ini dan terus ke Sabah. Salam takziah dari kami buat keluarga dan sahabat handai Emy. Al Fatihah.

About jambubatuonline

An entertainment and lifestyle website

View all posts by jambubatuonline →

Leave a Reply